Bubur nasi-Own recipes..

Satu pot beras-dibasuh dan dimasak dengan paras air 2 kali dalam berbanding dengan masak nasi biasa..Letak daun pandan agar bubur menjadi wangi dan enak..

Bahan-bahan:

1.Sebiji bawang besar yang dicincang

2.Halia ditumbuk

3.Satu mangkuk kecil santan

4.Satu sudu lada putih yang ditumbuk

5.Daging cincang 2 sudu besar

Bahan-bahan ini dimasukkan ke dalam nasi yang sudah menjadi bubur.Akhir sekali, letakkan garam secukup rasa.

ayam masak halia

Bahan-bahannya:

1-Bawang besar sebiji dihiris
2-Bawang Putih 3 ulas dihiris
3-Halia dihiris
4-Cili api diketuk
5-Tomato sebiji dibelah 6
6-Satu sudu lada putih ditumbuk
7-ayam sebelah dipotong dan digaul dengan serbuk kunyit
8-sos tiram satu sudu besar

Cara Memasak :
-Tumis bawang, bawang putih dan halia sehingga naik baunya
-Campur satu sudu besar sos tiram dan juga lada putih
-Masukkan ayam
-Sesudah ayam masak, masukkan cili api dan juga tomato
-Tambahkan daun sup agar masakan lebih enak dan wangi.