Sambal Belacan Goreng..

Bahan-bahannya:-
1. cili besar 2 biji
2. cili api 10 biji
3. bawang besar 1 biji
4. bawang putih 3 ulas
5. tomato
6. belacan

Cara membuatnya:-
Panaskan kuali bersama 3 sudu besar minyak. Tumis semua bahan2 di atas sehingga masak. (Bahan2 tersebut seeloknya dipotong terlebih dahulu agar senang ditumbuk/dilenyek nanti.) Sesudah masak,tumbuk/lenyek bahan2 tersebut di dalam batu lesung.
Sambal belacan goreng lebih lazat dan sedap bila diperah asam limau ke atasnya. Sedia untuk dimakan.

Bubur nasi-Own recipes..

Satu pot beras-dibasuh dan dimasak dengan paras air 2 kali dalam berbanding dengan masak nasi biasa..Letak daun pandan agar bubur menjadi wangi dan enak..

Bahan-bahan:

1.Sebiji bawang besar yang dicincang

2.Halia ditumbuk

3.Satu mangkuk kecil santan

4.Satu sudu lada putih yang ditumbuk

5.Daging cincang 2 sudu besar

Bahan-bahan ini dimasukkan ke dalam nasi yang sudah menjadi bubur.Akhir sekali, letakkan garam secukup rasa.

ayam masak halia

Bahan-bahannya:

1-Bawang besar sebiji dihiris
2-Bawang Putih 3 ulas dihiris
3-Halia dihiris
4-Cili api diketuk
5-Tomato sebiji dibelah 6
6-Satu sudu lada putih ditumbuk
7-ayam sebelah dipotong dan digaul dengan serbuk kunyit
8-sos tiram satu sudu besar

Cara Memasak :
-Tumis bawang, bawang putih dan halia sehingga naik baunya
-Campur satu sudu besar sos tiram dan juga lada putih
-Masukkan ayam
-Sesudah ayam masak, masukkan cili api dan juga tomato
-Tambahkan daun sup agar masakan lebih enak dan wangi.

Daging Masak Kicap

Resepi nie sangat simple..anak2 saya amat sukekannye..

1. Sediakan daging yang sudah dicincang..rebus dengan air dengan sedikit minyak..biar sampai kering kemudian tambahkan minyak untuk menumis.

2. Bahan2 yang perlu ditumis ialah sebiji bawang besar dan 3 ulas bawang putih..gaulkan sekali daging yang sudah direbus tadi..

3. Tambahkan air assam jawa..

4. Akhir sekali kicap..(kicap manis cap kipas udang)..

5. Tambahkan 1 sudu gula dan biar sehingga kuahnye kering dan pekat..

sekian..selamat mencuba..

Ikan bawal masak samprut..

sedap..masam manis masin..senang je nak buatnye pun..

bahan2nye..

ikan bawal sekor..goreng sampai gareng..

bawang beasr 1 biji..

bawang putih 4 ulas..

halia dalam 2 inci..

tomato 1 biji..

cili api 10 biji..

cili besar 1 biji..

bahan2 nie semuanya dicincang halus..pastu tumis..letak minyak..masuk bawang..bawang putih..halia..dah berbau letak cili api & merah..then tomoto..gaul sehingga sebati..letak tepung jagung yg digaul dengan air..pastu letak garam n gule secukup rase..last skaliĀ  letak daun bawang skit..kasi wangi..

dah siap bahan2bĀ  ditumis..curah atas ikan bawal..

siap dahhh..