ayam masak halia

Bahan-bahannya:

1-Bawang besar sebiji dihiris
2-Bawang Putih 3 ulas dihiris
3-Halia dihiris
4-Cili api diketuk
5-Tomato sebiji dibelah 6
6-Satu sudu lada putih ditumbuk
7-ayam sebelah dipotong dan digaul dengan serbuk kunyit
8-sos tiram satu sudu besar

Cara Memasak :
-Tumis bawang, bawang putih dan halia sehingga naik baunya
-Campur satu sudu besar sos tiram dan juga lada putih
-Masukkan ayam
-Sesudah ayam masak, masukkan cili api dan juga tomato
-Tambahkan daun sup agar masakan lebih enak dan wangi.

Advertisements