Sambal Belacan Goreng..

Bahan-bahannya:-
1. cili besar 2 biji
2. cili api 10 biji
3. bawang besar 1 biji
4. bawang putih 3 ulas
5. tomato
6. belacan

Cara membuatnya:-
Panaskan kuali bersama 3 sudu besar minyak. Tumis semua bahan2 di atas sehingga masak. (Bahan2 tersebut seeloknya dipotong terlebih dahulu agar senang ditumbuk/dilenyek nanti.) Sesudah masak,tumbuk/lenyek bahan2 tersebut di dalam batu lesung.
Sambal belacan goreng lebih lazat dan sedap bila diperah asam limau ke atasnya. Sedia untuk dimakan.