Agar Sup Ayam Tidak Berbau Hanyir.

Setiap kali anda memasak sup ayam, masukkan ayam sesudah air tumisan menggelegak. Tunggu hingga masak dan hasilnya pasti memuaskan.

Advertisements

Petua untuk anak kembung..

Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya..sebaik2nya dukunglah dia..untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi..Biarkan dan tepuk belakang badan bayi..

Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita..”BURPING” adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang..

Satu lagi petua yang saya gunakan ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, saya akan memasukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya..Alhamdullillah saya tidak menghadapi masalah bayi kembung..Ini adalah petua kampung yang saya perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda..

Selamat Mencuba..!!!

Cara mempercepatkan proses bisul..

Bisul memang menyakitkan..!Tambahan pula kalau bisul naik punggung..adoiii..nak duduk pun tak senang..petua yang nak dikongsi ini sebenarnya untuk bisul yang baru nak naik dan mata bisul tak keluar lagi..jadi sukar nak picit dan kena tunggu berhari2 mata bisul tu nak kuar..petua ini adalah untuk mepercepatkan mata bisul keluar..sapukan kapur yang dibancuh dengan air dengan pekat..insyaallah cepat mata bisul tu keluar..jadi senang untuk kita membuang kekotoran bisul itu..

Selamat Mencuba..!!

cara membersihkan lala..

Lala sememangnya sedap dimakan, tetapi agak leceh apabila terdapat lala yang dipenuhi dengan tanah dalam masakan kita..cara yang baik dan berkesan untuk membersihkan lala ialah dengan merendamkan lala tersebut dengan menggunakan garam..tanah dalam kulit lala akan terkeluar dan lala lebih enak dan sedap..

Mudah dan berkesan..terjamin kebersihannya..

selamat mencuba

Hilangkan hanyir udang..

Ini adalah petua untuk menghilangkan hanyir udang..cara yang betul menyiang udang adalah dengan membuang najisnya yang terdapat pada atas badan udang dengan mengelar bahagian atas tersebut..setelah dikopek atau dibuang kulit udang, peramkan udang tersebut dengan menggunakan gula..biar beberapa minit..udang yang akan dimasak nanti tidak berbau hanyir malah rasanya lebih manis dan enak..

selamat mencuba..!!

Melembut dan menghaluskan rambut..

petua ini memang sesuai buat saya..rambut kelihatan lembut,halus dan lebat..cuma tertakluk pada rajin atau tidaknya anda mengamalkan petua ini..

ambil sebatang daun lidah buaya dan buang kulitnya. Lendirnya itu disapukan ke seluruh rambut. Biarkan selama 10-15 minit..kemudian bilas dengan air bersih..kering dan rasai perbezaannya..sesuai juga untuk bayi yang baru lepas bercukur..

kurangkan sembab mata

Ambil uncang teh yang sudah digunakan..pastikan ia tidak dibancuh dengan gula..(nanti melekit mata)..sejukkan uncang dalam peti ais selama 15 minit..kemudian ambil dab letakkan pada mata..biar selama 30 minit sambil merehatkan diri dgn mendengar radio..selamat mencuba..