A Moment With Me..

Entries categorized as ‘petua-petua’

Agar Sup Ayam Tidak Berbau Hanyir.

September 24, 2008 · Leave a Comment

Setiap kali anda memasak sup ayam, masukkan ayam sesudah air tumisan menggelegak. Tunggu hingga masak dan hasilnya pasti memuaskan.

Categories: petua-petua
Tagged:

Elakkan Ikan Melekat Di Kuali

September 24, 2008 · Leave a Comment

Ambil 4-5 keping assam keping dan masukkan ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan akan lebih mudah diangkat dan tidak hancur.

Categories: petua-petua
Tagged: , ,

Elak gula dimasuki semut.

September 24, 2008 · Leave a Comment

Letak 1-2 batang kulit kayu manis ke dalam bekas gula.Lihatlah keberkesanannya. Jangan risau..! Kulit kayu manis itu tidak akan meninggalkan bau pada air bancuhan teh, kopi n dll anda.

Categories: petua-petua
Tagged: , ,

Elak lemak sup berkumpul

September 20, 2008 · Leave a Comment

Untuk mengatasi masalah lemak pada permukaan sup, ambil ketulan ais dan bungkus dengan kain yang bersih. Letakkan kain di sekitar lemak dan lemak akan melekat pada kain tersebut.

Categories: petua-petua
Tagged: , ,

Petua untuk anak kembung..

September 19, 2008 · 1 Comment

Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya..sebaik2nya dukunglah dia..untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi..Biarkan dan tepuk belakang badan bayi..

Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita..”BURPING” adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang..

Satu lagi petua yang saya gunakan ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, saya akan memasukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya..Alhamdullillah saya tidak menghadapi masalah bayi kembung..Ini adalah petua kampung yang saya perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda..

Selamat Mencuba..!!!

Categories: petua-petua
Tagged: ,

Cara mempercepatkan proses bisul..

September 19, 2008 · 1 Comment

Bisul memang menyakitkan..!Tambahan pula kalau bisul naik punggung..adoiii..nak duduk pun tak senang..petua yang nak dikongsi ini sebenarnya untuk bisul yang baru nak naik dan mata bisul tak keluar lagi..jadi sukar nak picit dan kena tunggu berhari2 mata bisul tu nak kuar..petua ini adalah untuk mepercepatkan mata bisul keluar..sapukan kapur yang dibancuh dengan air dengan pekat..insyaallah cepat mata bisul tu keluar..jadi senang untuk kita membuang kekotoran bisul itu..

Selamat Mencuba..!!

Categories: petua-petua
Tagged: ,

cara membersihkan lala..

September 16, 2008 · Leave a Comment

Lala sememangnya sedap dimakan, tetapi agak leceh apabila terdapat lala yang dipenuhi dengan tanah dalam masakan kita..cara yang baik dan berkesan untuk membersihkan lala ialah dengan merendamkan lala tersebut dengan menggunakan garam..tanah dalam kulit lala akan terkeluar dan lala lebih enak dan sedap..

Mudah dan berkesan..terjamin kebersihannya..

selamat mencuba

Categories: petua-petua
Tagged: ,

Hilangkan hanyir udang..

September 16, 2008 · Leave a Comment

Ini adalah petua untuk menghilangkan hanyir udang..cara yang betul menyiang udang adalah dengan membuang najisnya yang terdapat pada atas badan udang dengan mengelar bahagian atas tersebut..setelah dikopek atau dibuang kulit udang, peramkan udang tersebut dengan menggunakan gula..biar beberapa minit..udang yang akan dimasak nanti tidak berbau hanyir malah rasanya lebih manis dan enak..

selamat mencuba..!!

Categories: petua-petua
Tagged: ,

Melembut dan menghaluskan rambut..

September 4, 2008 · 1 Comment

petua ini memang sesuai buat saya..rambut kelihatan lembut,halus dan lebat..cuma tertakluk pada rajin atau tidaknya anda mengamalkan petua ini..

ambil sebatang daun lidah buaya dan buang kulitnya. Lendirnya itu disapukan ke seluruh rambut. Biarkan selama 10-15 minit..kemudian bilas dengan air bersih..kering dan rasai perbezaannya..sesuai juga untuk bayi yang baru lepas bercukur..

Categories: petua-petua
Tagged: ,

kurangkan sembab mata

September 4, 2008 · Leave a Comment

Ambil uncang teh yang sudah digunakan..pastikan ia tidak dibancuh dengan gula..(nanti melekit mata)..sejukkan uncang dalam peti ais selama 15 minit..kemudian ambil dab letakkan pada mata..biar selama 30 minit sambil merehatkan diri dgn mendengar radio..selamat mencuba..

Categories: petua-petua
Tagged: