Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya..sebaik2nya dukunglah dia..untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi..Biarkan dan tepuk belakang badan bayi..
Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita..”BURPING” adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang..
Satu lagi petua yang saya gunakan ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, saya akan memasukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya..Alhamdullillah saya tidak menghadapi masalah bayi kembung..Ini adalah petua kampung yang saya perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda..
Selamat Mencuba..!!!









