A Moment With Me..

8P Untuk Kebahagiaan Rumahtangga..

September 11, 2008 · 1 Comment

Berikut adalah Petua 8P untuk kebahagiaan rumahtangga:

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Categories: Wanita dan Keluarga

1 response so far ↓

  • Feroza // December 26, 2008 at 10:40 am | Reply

    Sayalah orang yang paling gembira kalau suami saya mahu mengambil dan menerima nasihat/petua2 seperti ini… Buat masa sekarang hanya saya yang berusaha mencapai 8P ini… suami saya hanya ada P yang ke-7…

Leave a Comment